Kempen Pilihanraya Ketua Pengawas 2006 Isnin (19 Jun 2006) & Selasa(20 Jun 2006) Barisan pentadbir dan guru-guru telah diberi peluang menamakan calon-calon ketua pengawas yang telah disenarai pendekkan seramai lapan calon untuk bertanding jawatan ketua pengawas bagi sesi 2006/2007. Empat calon yang mendapat pencalonan terbanyak adalah:
- Abdul Jalil Bin Ismail ( 4 Perdana)
- Aaron Lee Jun Heng ( 4 Perdana)
- Mohamad Farhan Bin Ghazali (4 Putra)
- Mohammad Asrul Affendy Bin Mohd Yassir (4 Putra)
Mereka telah dipilih berdasarkan kewibawaan dan keaktifan mereka dalam lembaga pengawas dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Tugas mereka sebaik dicalonkan adalah untuk berkempen dari 19 hingga 20 Jun 2006. Pada 19 Jun 2006, calon-calon ini telah memberi ucapan semasa perhimpunan pagi untuk memperkenal diri mereka dan memberitahu manifesto mereka kepada guru-guru dan pelajar-pelajar seterusnya menyakinkan guru-guru dan para pelajar untuk mengundi mereka. Pada masa yang sama, pengumuman tentang persaraan AJK Pengawas telah diumumkan oleh bekas ketua pengawas.
Rabu (21 Jun 2006) Pilihanraya ketua pengawas sesi 2006/2007 telah dijalankan. Semua pelajar dan guru telah diberikan peluang untuk mengundi calon ketua pengawas mereka berdasarkan pengenalan mereka dan kempen mereka yang telah dibuat pada 19 hingga 20 Jun 2006. Para pelajar telah turun ke tempat mengundi mengikut kelas dan diberikan borang undian untuk mengundi. Guru-guru pula dijemput ke tempat mengundi dan diberikan borang undian untuk mengundi. Borang-borang undian tersebut dikutip serta merta. 70% undian dikira daripada kalangan guru manakala 30% unidan dari kalangan pelajar. Undian telah dikira oleh guru penyeleras pengawas bersama sama pengawas yang bertugas di tempat mengundi. Keputusan dirahsiakan sehingga diumumkan pada hari esoknya iaitu 22 Jun 2006 oleh guru penyelaras pengawas iaitu Pn. Herlina Bt. Hilmi.
Khamis (22 Jun 2006) Semasa pehimpunan pagi, guru penyeleras pengawas iaitu Pn. Herlina Bt. Hilmi telah mengumumkan keputusan tersebut. Berikut adalah hasil undian:
- Aaron Lee Jun Heng – 3.31%
- Abdul Jalil B. Ismail – 26.25%
- Mohamad Farhan B. Ghazali – 68.15%
- Mohammad Asrul Affendy B. Mohd Yassir – 1.74%
Abdul Jalil ( 4 Perdana) Aaron Lee ( 4 Perdana)
Mohamad Farhan ( 4 Putra) Mohammad Asrul ( 4 Putra)
Suasana di tempat mengundi
Majlis Pelantikan Pengawas 2006 26 JUN 2006(ISNIN)
Majlis bermula dengan ketibaan YDP PIBG, En Hashim B. Anang diiringi oleh Ahli Majlis Pengurusan Sekolah bersama-sama dengan kompang sekolah. Apabila YDP PIBG dan AMP telah mengambil tempat duduk, bacaan doa telah dibacakan oleh Amirul Syafiq (3 Wira). Selepas selesainya bacaan doa, Pn Hajah Naaimah, selaku Penolong Kanan SMK Seksyen 19, Shah Alam telah memberi ucapan beliau dan kemudian YDP PIBG, En. Hashim B Anang telah memberi ucapan beliau seterusnya merasmikan majlis tersebut selepas itu. En. Hashim B Anang telah dijemput untuk memberi watikah pengawas kepada pengawas baru sebaik sahaja beliau merasmikan majlis tersebut. Setelah selesainya perlantikan pengawas, penyerahan tugas ketua pengawas telah dijalankan. Mohd Husni B Zakaria selaku ketua pengawas 2005/2006 telah menyerahkan tugasnya bersama-sama dengan fail ketua pengawas dan memberi kata kata beliau kepada Mohamad Farhan B Ghazali selaku ketua pengawas yang baru bagi tahun 2006/2007. Selepas itu, Mohamad Farhan telah memberi ucapan beliau seterusnya mengetuai ikrar pengawas. Upacara tersebut telah disaksikan oleh YDP PIBG, AMP, guru-guru, para pengawas dan juga murid murid. Majlis perlantikan pengawas berakhir dengan nyanyian lagu pengawas.
Suasana daripada majlis tersebut
Kursus Kepimpinan Pengawas kali kedua Pada 18 hingga 20 Ogos 2006, Lembaga Pengawas telahmengadakan kursus kepimpinan pengawas yang ke-dua di SMK Seksyen 19,Shah Alam. Seramai 140 Orang pengawas dari tingkatan satu hingga empat telahmenyertainya. Banyak aktiviti telah dijalankan seperti: