4. Unit PengawasThis is a featured page


Unit Disiplin dan Gerakkan Khas
Tugas Unit Disiplin dan Gerakkan Khas adalah untuk memastikan disiplin murid-murid sentiasa terkawal dan berdisiplin. Unit ini akan mengadakan spot check sekali sebulan atau bila diperlukan.

Unit Perhimpunan
Tugas Unit Perhimpunan adalah untuk memastikan perhimpunan rasmi dan pagi berjalan dengan lancar. Unit ini harus menyusun kerusi dan keperluaan untuk perhimpunan dan juga mengangkat bendera semasa lagu dinyanyikan.

Unit Siaraya
Tugas Unit Siaraya adalah untuk memasang mikrofon dan juga multimedia untuk perhimpunan rasmi atau majlis penting di sekolah.

Unit Bilik Pengawas
Tugas Unit Bilik Pengawas adalah untuk memastikan bilik pengawas sentiasa ceria dan bersih untuk pengawas pengawas bermesyuarat di dalam bilik itu.

Unit Dana Dan Jualan
Tugas Unit Dana Dan Jualan adalah untuk mencari sumbangan atau mencari untung melalui jualan yang diadakan oleh Lembaga Pengawas unutk kegunaan Lembaga Pengawas.

Unit Sambutan Dan Persembahan
Tugas Unit Sambutan Dan Persembahan adalah untuk mencari penyambut tetamu untuk menyambut tetamu yang melawat sekolah dan juga membuat persembahan untuk para tetamu.

Unit Perhubungan Dan Aduan
Tugas Unit Perhubungan Dan Aduan untuk mengutip surat aduan atau cadangan daripada murid murid dan guru guru supaya Lembaga Pengawas dapat membaiki mutu perkhidmatan kepada sekolah.

Unit Borang Kawalan
Tugas Unit Borang Kawalan adalah untuk mengutip borang kawalan yang dihantar oleh ketua tingkatan dan juga memberi borang kawalan kelas kepada ketua tingkatan setiap pagi.

Unit Program Sistem Penalti (PSP)
Tugas Unit Program Sistem Penalti adalah untuk mengisi markah PSP murid murid setiap minggu berdasarkan borang kawalan kelas.


No user avatar
lembagapengawas
Latest page update: made by lembagapengawas , Mar 5 2007, 4:19 AM EST (about this update About This Update lembagapengawas Edited by lembagapengawas

241 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.